Bagaimana Melakukan Promosi Yang Berkesan?

Ya,bagaimana melakukan promosi yang berkesan?

Tahukah anda?

Melabur modal yang besar untuk promosi adalah satu kemestian dalam perniagaan, tetapi melabur modal yang besar kepada sesuatu cara yang tidak mendatangkan hasil yang diharapkan adalah satu pembaziran.

Tahukah anda?

Tiada petunjuk samada promosi yang dilakukan berkesan atau tidak adalah satu masalah yang menghantui para peniaga, usahawan dan para CEO.

Berapakah peningkatan jualan kita disebabkan oleh RM20,000 iklan di TV3 yang baru kita lancarkan? Tiada petunjuk.

Berapakah peningkatan jualan oleh iklan yang kita masukkan kedalam akbar? Mungkin ada petunjuk sedikit.

Berapakah kesan jualan disebabkan payperclick? Mungkin ada petunjuk.

Tetapi berbaloi kah peningkatan jualan tersebut dinisbahkan dengan keuntungan, dibandingkan dengan kos pengiklanan. Ditakuti ia semakin rugi. Tapi kalau tak buat promosi pun tak boleh juga, rugi juga. Buat takut rugi, tak buat konfirm tak untung.

Masalah kedua yang sering dihadapi oleh peniaga konvensional adalah, kedai mereka ramai yang masuk, macam kedai pasar malam, ramai yang singgah, tapi sedikit yang beli, macamana nak selesaikan perkara-perkara seperti ini?

Apatah lagi bila kedai orang tak masuk terus, nak berangan laku pun kita tak layak.

Itu adalah cara perniagaan konvensional.

Cara lama…Cara offline.

Penyelesaiannya adalah perniagaan cara online yang juga boleh dilakukan dari rumah…cara mudah…bina website dan ada autoresponder. Kalau tak ada keduanya, jadilah kita macam orang afrika jual barang dari meja ke meja, jumpa 100 orang, laku 2 barang. Jadi kalau mereka nak dapat duit lebih, kalau mereka nak jual 20, maknanya mereka kena jumpa 1000 orang dalam sehari. Sebab itu mereka ni kuat2 berjalan dan berlari. Jaguh dunia dalam kedua2 acara ni, kerana mereka berlatih setiap hari dengan menjual barang meja ke meja. Tapi jangan pandang lekeh usaha seperti ini, berapa ramai dari kita sanggup pergi meja ke meja nak jual barang, saya pun tak sanggup rasanya…………

Ada juga yang perniagaan yang mempunyai website sendiri, tetapi website mereka tidak berfungsi, sekadar melepaskan batuk ditangga. Ada ok, tak ada tak apa. Ini bukan website, cuba satu file buruk yang disimpan diinternet. Yang buat website tu dulu adalah webmaster yang dibayar upah, sekarang webmaster tu dah meninggal dunia, maka website kita pun meninggal sekali. Mereka tidak melihat website sebagai alat promosi termudah, terpantas, termurah yang Tuhan anugerahkan kepada para peniaga yang melihat, tetapi bagi mereka sekadar aktiviti yang hanya patut diberikan kepada IT Department, kalau tak mereka tak ada kerja selain jaga server kompani jangan down.

Ada yang sewa autoresponder tetapi tak tahu nak guna, seminggu dua tak tahu tak mengapa, adat orang belajar, tapi kalau dah setahun sewa autoresponder dan masih belum buat satu pun email kempen, hanya bayar sewanya setiap bulan memang membazir. Elok quit awal-awal. Kalau kedai ramai orang masuk, tetapi selepas itu mereka balik tanpa membeli barangan kita, itu adalah perniagaan biasa.

Tetapi jika ada kedai orang masuk, samada mereka beli atau tidak kesemua pelanggan meninggalkan nama dan nombor phone di kaunter, suruh kita beritahumereka jika barangan yang mereka mahu telah sampai, itu perniagaan luar biasa. Itulah website yang mempunyai autoresponder.

Jika ada kedai2 yang menyediakan pekerja untuk menalipon nombor yang ditinggalkan oleh pelanggan tadi setiap hari, samada bertanya khabar, memberitahu sesuatu, menjemput kesesuatu majlis, mengumumkan sesuatu perkara, kedai tersebut dianggap SANGAT-SANGAT LUAR BIASA. Itulah keajaiban Autoreponder.

Dengan website yang berfaedah, terurus dan terkini, serta memiliki autoresponder yang yang mempunyai email kempen yang teratur….kesemua masalah diatas akan selesai. Hebat sungguh akal yang diciptakan oleh Tuhan hingga boleh memikirkan sampai tahap ini, tapi sayang ramai yang tak ambil berat….. cuma mengeluh perut lapar, tapi malas nak makan.

Ok…Bagi yang masih tercari-cari kaedah bina perniagaan secara automatik dari rumah

Jom! Dapatkan toturial PERCUMA disini…Klik je!

Demi Kejayaan Bersama,

Nasran
Bagaimana melakukan promosi yang berkesan?