|
Membongkar RAHSIA kejayaan Mentor Jutawan,bukan 1 tetapi 8 JUTAWAN popular Malaysia.
Anda tercari-cari jawapan kepada
"Bagaimana hendak jadi kaya?"

Pelajari
Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan
8 Mentor Jutawan Malaysia!

Kini, mentor usahawan Jutawan, Jurulatih
Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan
Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan
Internet mendedahkan STRATEGI
SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh
mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!

Ikuti
transkripsi penuh temubual Irfan Khairi
bersama ikon & mentor jutawan Malaysia...

Dari: Nasran
Lokasi: Taiping,Perak.
Pengedar Ebook Mentor Jutawan Berlesen
Memang
tidak dapat dinafikan lagi, kelapan-lapan jutawan ini tahu segala
rahsia, tip, strategi, teknik dan minda bagaimana hendak menjana
berjuta ringgit!
Apakah harga satu ilmu yang boleh diperturunkan
oleh satu jutawan kepada anda untuk kejayaan anda?
Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi
sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan mentor jutawan ini?
- Dato’
Dr Fadzilah Kamsah, mentor
kepada mentor!
- Azizi Ali, Jurulatih
jutawan
- Chef Li
(Dato' Dr Rusly), Jutawan
Senyap
- Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan
MLM)
- Billi Lim,
Jutawan
Berani Gagal
- Dato’ Hussamuddin, Pengasas
Kumpulan Karangkraf
- Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan
dari Singapura
- Irfan
Khairi, Jutawan Internet
Bayangkan anda boleh duduk bersemuka dengan kesemua
ikon jutawan ini dan mereka mendedahkan mutiara-mutiara ilmu satu demi
satu kepada anda!
Bayangkan setiap jutawan ini membantu anda
meledakkan pendapatan anda- hanya satu kunci yang disampaikan boleh
melipatkali gandakan pendapatan anda. Tetapi, di sini, anda akan
memperolehi seratus satu kunci kejayaan!
|
Apa yang
dapat saya katakan, WOW!!!! really amazing… memang hebat!
Saya seorang hamba Allah yang paling susah untuk membaca buku-buku
ilmiah. Melainkan betul-betul ada ransangan lain yang membuat saya nak
baca, seperti buku-buku Irfan Khairi dan Dr. Fadzilah Kamsah. Tetapi
ebook ni memang buat saya teruja sangat-sangat…
First time
baca buku siap ada buku catatan dan pen yang langsung tak lepas
tangan…ikut hati nak catat setiap word. Sebab setiap
perkataan memberi makna yang sangat-sangat hebat. Rugi sangat-sangat
pada mereka yang tak beli. Bukan senang nak dapat pendapat dan
pandangan peribadi daripada mereka yang dah sangat berjaya. Kepada IK,
krew & 7 lagi jutawan hebat, saya seikhlas hati ucapkan tahniah
dan berbanyak terima kasih…seronok baca cerita dan
pengalaman anda…terima kasih sangat-sangat. Assalamualikum.
Siti
Rahmah Hj Mustafa
Dungun Terngganu
|
Setiap ikon jutawan yang berkongsikan ilmu di dalam
ebook ini telah terbukti kejayaan mereka di mata masyarakat.
Strategi-strategi yang mereka gunakan adalah strategi jutawan-jutawan
seluruh dunia, bermula daripada zero, sehingga
menjadi hero.
Dalam Mentor Jutawan, saya menemubual 7 ikon
jutawan selama 30-90 minit di rancangan radio saya "Jutawan! bersama
Irfan Khairi" di Radio24. Setiap soalan ditanya secara direct
untuk mengetahui rahsia-rahsia kejayaan mereka tanpa berselindung. Oleh
kerana temubual dilakukan secara langsung, ia bagaikan memaksa setiap
jutawan mendedahkan rahsia mereka secara telus!
Ebook
Mentor Jutawan di WW saluran Astro Awani
Irfan
Khairi & Dangsuria membincangkan tentang Mentor Jutawan di
Astro Awani

Mentor Jutawan Versi Ebook

Irfan Khairi Menjelaskan 7 Perbezaan Minda Kaya
& Minda Miskin di Astro Awani

Sekiranya anda mengikuti perkembangan blog saya di IrfanKhairi.com,
anda akan tahu bahawa saya mengambil masa yang lama dalam mendekatkan
diri dengan orang ramai sejak tahun 2006 lagi. Tujuan adalah untuk
memahami apakah masalah & soalan yang sering ingin ditanya
kepada para jutawan. Soalan yang saya tanya kepada mentor jutawan
direka khas untuk menjawab soalan-soalan yang berlegar-legar di kepala
anda.
Ada juga soalan yang membuatkan mentor jutawan itu
sendiri terkejut oleh kerana tidak pernah ditanya oleh sesiapa sebelum
ini! Semuanya untuk saya pastikan dapat segala kunci dan strategi
mereka untuk menjadi kaya didedahkan on the spot.
|
Setelah
saya membaca Ebook ni, saya merasakan Ebook ini adalah wajib bagi anda
yang mahu berjaya dan menjadi Jutawan kerana ingatlah resepi untuk
berjaya menjadi jutawan adalah berguru dengan jutawan itu sendiri, jadi
dapatkan Ebook ini yang sarat dengan info, tips dan strategi secara
terus daripada bukan 1 tapi 8 mentor jutawan dalam ebook ini. Ebook ini
ibarat gedung ilmu jutawan-jutawan Malaysia yang tidak ternilai
harganya dan boleh dijadikan panduan buat kita pada setiap masa.
Saya
merasakan Irfan telah meletakkan harga yang terlalu murah jika
dibandingkan dengan ilmu yang ada dalam ebook ini, mungkin di sebabkan
Irfan sememangnya hendak berkongsi dengan anda semua. Jadi pintu ke
arah kejayaan sudah berada di depan anda, cuma anda yang tentukan sama
ada untuk membuka atau tidak pintu tersebut. Terima kasih kepada Irfan
Khairi kerana menghasilkan ebook ini.
Hapiz
Rajali
http://www.hapizrajali.com
|
Setiap kali berdepan dengan mentor jutawan, saya
meletakkan diri saya dalam keadaan anda. Apa yang anda ingin tahu
daripada jutawan-jutawan ini? Ini untuk memastikan anda dapat segala
jawapan yang diperlukan dalam jangkamasa yang telah di tetapkan program.
Ramai yang telah bermanfaat daripada ebook ini dan
sering ianya mendapat pujian daripada pembaca!
|
Pada
mulanya saya teragak-agak untuk membeli buku Mentor Jutawan. Saya
fikir, mungkin isi kandungannya tidak jauh berbeza daripada buku-buku
lain yang pernah saya baca. Tetapi sebaik sahaja membaca buku ini,
persepsi saya mula berubah.
Buku ini
memang berbeza. Mungkin kerana di sebabkan ia adalah transkripsi
interview, saya dapat rasakan seolah-olah buku ini
“hidup”. Sebagai contoh, sewaktu membaca Bicarawara
Dato’ Dr Fadzilah Kamsah. Terngiang-ngiang suara
Dato’ sehinggakan beberapa kali saya ketawa sendirian.(Nasib
baik orang tak nampak! Kalau tidak, mungkin saya di cap gila sebab
ketawa sorang-sorang).
Selain
itu, ada banyak (sebenarnya terlalu banyak) mutiara kata, azimat dan highlights
daripada mereka, yang perlu kita ambil iktibar dan boleh diaplikasikan
dalam perniagaan. Adakalanya saya rasa benda yang disebutkan itu macam
perkara biasa sahaja. Tapi, rupa-rupanya...perkara itulah yang kita
tidak boleh terlepas pandang jika mahu berjaya dalam perniagaan.
Apa yang
boleh saya simpulkan, pelaburan untuk buku ini memang berbaloi.
Harganya sangat murah jika hendak dibandingkan dengan nilai yang akan
diperolehi selepas membaca buku ini. Percayalah, anda tidak akan rugi
kerana memilikinya. Tetapi anda mungkin akan rugi, jika anda tidak
memilikinya. Ikhlas,
Amalia
Ruslan
http://www.MajlisImpian.com
|
Anda akan pelajari 101 kunci, strategi dan prinsip
mentor jutawan daripada mentor jutawan popular Malaysia termasuk...

Mentor Jutawan #1:
Dato'
Dr Hj Fadzilah Kamsah
Pakar
motivasi #1 Malaysia, Dato' Dr Fadzilah Kamsah tidak lagi perlu
diperkenalkan. Telah mengendalikan lebih daripada 7000 ceramah
motivasi. Dalam Mentor Jutawan, beliau mendedahkan strategi-strategi
bagaimana anda boleh menjadi seorang usahawan yang cemerlang. Dato' Dr
Fadzilah Kamsah memberi petua-petua hebat berteraskan contoh moden dan
contoh Islamiah tentang minda seorang Jutawan.
Dato' Dr Fadzilah Kamsah mendedahkan:
- kisahnya yang tidak mendapat sokongan bapa apabila
ingin memulakan perniagaan!
- rahsia kejayaan beliau dalam bidang motivasi!
- walaupun 9/10 rezeki datangnya dalam perniagaan,
tetapi apakah penyebab 9/10 perniagaan gagal!
- rahsia dalam menggandakan ilmu di dalam diri sendiri
- cara menjadikan stress suatu yang positif!
... dan banyak lagi!
"Seseorang yang ingin cemerlang dalam apa jua
bidang pun mesti ada guru dan mesti berguru. Dan ini yang orang
kadang-kadang terlepas pandang"
- Dato’ Dr Fadzilah
Kamsah
Mentor
Jutawan #2:
Azizi Ali
Jurulatih Jutawan
Pakar kewangan #1 Malaysia,
Azizi Ali mendedahkan apa yang diperlukan untuk menjadi jutawan.
Jurulatih jutawan telah melahirkan ramai jutawan melalui buku-buku dan
juga seminarnya. Penulis buku terlaris termasuk, Jutawan dari planet
Jupiter dan Lahirnya seorang Jutawan. Azizi Ali mendedahkan apa yang
diperlukan untuk menjadi seorang jutawan ekstrem!
Antara topik yang di dedahkan:
- apa satu perkara yang dilakukannya setelah
perniagaan pertamanya gagal yang menjaminkan kejayaan perniagaan
seterusnya?
- bagaimana untuk memastikan lagi banyak wang kita
dapat, tidak menjadi lagi banyak wang dibelanja?
- 5 kunci menjadi jutawan ekstrem
- faktor No #1 penting sebelum memulakan perniagaan!
- bagaimana menggandakan pendapatan anda cara
jutawan-jutawan lakukan!
... dan banyak lagi!
"Lalu
terjumpa satu formula kejayaan di mana lebih banyak buku yang saya
baca, maka saya bertambah kaya"
- Azizi Ali
Mentor Jutawan #3:
Dato' Dr Rusly B Abdullah (Chef Li)
Jutawan Senyap
Penulis buku trilogi
terkenal, "Jutawan Senyap", Chef Li mendedahkan rahsia untuk menjadi
jutawan bidang masakan (food & beverage). Pengasas Institut
Kulinari Anjung Seri, Chef Li bukan sahaja pakar dalam bidang masakan,
tetapi, beliau telah melahirkan ramai usahawan-usahawan bidang masakan.
Antara topik yang di dedahkan:
- apa yang membuat Chef Li memulakan perniagaan gerai
dan berhenti kerja sebagai pegawai bank bergaji besar?
- tentunya langkah beliau dikritik oleh keluarga dan
kenalan- apa yang dilakukannya?
- masakan yang sedap tidak menjaminkan perniagaan
makanan anda berjaya! Ketahui prinsip 3C
- perniagaan makanan margin untung lebih 100%!
- apakah maksudnya formula kejayaan Chef Li TNS x L?
- teknik di mana walaupun perniagaan kecil- cara ini
menjaminkan anda untuk menjadi jutawan!
... dan banyak lagi!
"Jadi
apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat
nasihat-nasihat yang positif"
-Chef Li
Mentor Jutawan #4:
Dato' Dr Azman Ching
Jutawan MLM
Jutawan MLM terkemuka, Dato'
Dr Azman Ching mendedahkan kisah perit jerihnya, bagaimana daripada zero,
menjadi seorang hero. Pakar motivasi dan juga
usahawan yang disegani, Dato Dr Azman Ching mendedahkan rahsianya
bagaimana beliau menjadi jutawan MLM dengan lebih 250,000 orang downline!
Antara topik yang didedahkan:
- pentingnya komunikasi dalam perniagaan dan
bagaimana sekiranya anda yang pemalu juga boleh hebat dalam komunikasi!
- rahsia menjadi hebat dalam MLM
- Teknik "Doktor dalam peperangan" yang pasti akan
melipatkali gandakan prospek anda!
- strategi A-B-C dalam mendapatkan downline
pada bila-bila masa sahaja, tidak kira keadaan kewangan anda!
- formula kekayaan Azman Ching = K-A-S-H
... dan banyak lagi!
"Apa
yang paling penting adalah setelah kita miliki segala-galanya, maka
satu lagi yang kita beri adalah kepada masyarakat"
-Dato' Dr Azman Ching
Mentor Jutawan #5:
Billi
Lim
Jutawan berani gagal
Jutawan yang berani gagal, World's No #1 Failure
Guru, Billi Lim. Sejak kecil, dalam hubungan kekeluargaan, beliau
gagal. Dalam pendidikan, beliau gagal. Dalam cinta, beliau gagal. Dalam
perniagaan beliau gagal. Sehingga Billi jumpa formula berani gagal!
Kini Billi Lim merupakan penulis dan speaker yang terkenal dengan
gayanya tersendiri memberi fokus bahawa kegagalan adalah batu loncatan
untuk berjaya.
Antara
topik yang didedahkan:
- kisahnya yang gagal dalam segala-galanya!
- bagaimana ubahkan kegagalan menjadi kejayaan
- menjadi gembira tidak memerlukan syarat- rahsia
berfikiran positif!
- cara menghilangkan perasaan takut pada rejection
dan bagaimana mengurangkan rejection!
- apakah yang dimaksudkan dengan X-Factor di mana
semua jutawan perlu ada?
... dan banyak lagi!
"Sekarang,
jika kita tidak ambil risiko dan berani, kita tidak boleh jadi kaya.
Tidak boleh menjadi jutawan kerana peluang adalah lebih banyak daripada
dulu"
-
Billi Lim
Mentor Jutawan #6:
Dato' Hussamuddin Yaacob
Pengasas Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Karangkraf kini merupakan
pengeluar majalah terbesar di Malaysia. Juga, merupakan syarikat
percetakan terbesar di Malaysia. Apakah rahsia Dato' Hussamuddin yang
lahirnya dalam keluarga yang memiliki sebuah kedai majalah (teramat
kecil), dan kini memiliki syarikat penerbitan terbesar di Malaysia?
Antara
topik yang didedahkan:
- kisah Dato' Hussamuddin
- daripada kedai majalah kecil, menjadi penerbit
terbesar di Malaysia!
- rahsia memupuk persekitaran kerja yang hebat
- kesilapan utama yang kritikal ramai
usahawan-usahawan lakukan!
- rahsia perniagaan, walaupun sekiranya tiada
permintaan!
- mindset jutawan
... dan banyak lagi!
"Saya
fikir walaupun saya miskin, saya mesti berikhtiar untuk berjaya. Dan
untuk berjaya mesti melalui perniagaan"
- Dato' Hussamuddin
Mentor Jutawan #7:
Abang
Abu
Usahawan Jutawan
Abang Abu adalah motivator kewangan terkenal di
Singapura! Seorang usahawan, motivator dan juga ikon TV Singapura,
Abang Abu mendedahkan rahsianya menjadi jutawan pada umur 26 tahun.
Bagaimana seorang insan ini yang melalui satu kemalangan yang ngeri
yang telah meragut nyawa kedua ibu bapanya dan hampir mengambil
nyawanya juga, telah bangun dan menentang arus dan menjadi seorang
jutawan?
Kisah
inspirasi yang pasti akan menyuntik semangat anda serta strategi
kewangan yang didedahkan di seminar terlarisnya di Singapura!
Antara
topik yang didedahkan:
- bagaimana Abang Abu bangun daripada tragedi
kemalangan yang meragut nyawa kedua ibu bapanya sehingga menjadi
seorang jutawan pada umur 26 tahun?
- kata Abang Abu, semua orang yang ingin berjaya
memerlukan PHD!
- mencapai matlamat semudah A-B-C-D
- 6 Peringkat penting bebas kewangan
- Cara INVEST dalam perniagaan
- mengapa memilih rumah kedai sebagai pelaburan dan
bukan rumah?
- 8 Langkah untuk jadi kaya... raya
... dan banyak lagi!
"Kenapa
orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut
dengan minda"
- Abang Abu
Mentor Jutawan #8:
Irfan
Khairi
Jutawan Internet
Peneraju program "Jutawan", Irfan Khairi
mendedahkan rahsia kejayaannya. Apa yang dilakukan oleh pemuda ini
untuk menjadi jutawan? Bagaimana beliau perlu bekerja sebagai seorang
tukang cuci pasaraya dan tandas selama 2 tahun untuk mengumpul wang
membeli buku motivasi dan ceramah motivasi? Namun, kesemuanya telah
memberi pulangan beribu kali ganda. Ketahui tips dan strategi Irfan
Khairi, jutawan Internet kita!
Antara
topik yang didedahkan:
- apa yang memotivasikan Irfan Khairi ingin jadi
jutawan ketika berumur 18 tahun?
- untuk mencapai matlamat, Irfan Khairi terpaksa
bekerja sebagai tukang cuci tandas selama dua tahun. Mengapa?
- satu-satunya formula untuk berjaya yang di akui
oleh kesemua ikon jutawan
- 2 kaedah promosi perniagaan Internet Irfan Khairi
yang mengubahkan keadaan dari 3 pelanggan setahun kepada 3 pelanggan
setiap hari!
- strategi membaca 100 buah buku dengan hanya
meluangkan 1 jam sehari!
... dan banyak lagi!
"Apa
yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang, atau sepuluh
tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita
lakukan hari ini"
-Irfan
Khairi

Mentor Jutawan memuatkan kisah suka & duka,
kisah kegagalan, kisah inspirasi, tip-tip untuk meniti kejayaan,
strategi perniagaan & kewangan dan banyak lagi dalam membantu
anda mencapai kecemerlangan dalam bidang kewangan.
Sekiranya
anda ingin menjadi seorang doktor pakar, anda perlu belajar di Medical
School. Sekiranya anda ingin belajar perniagaan, anda perlu
belajar di Business School.
Tetapi,
sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor
Jutawan!

Keratan Mentor Jutawan di Utusan Malaysia
Dalami minda jutawan supaya anda juga dapat
mengaplikasikan minda yang sama.
- Apa yang membezakan jutawan dan mereka yang
berpendapatan sederhana?
- Bagaimana kesemua ikon jutawan ini pernah menemui
keagalan atau bermula dari ZERO kini menjadi HERO?
- Bagaimanakah mindset seorang
jutawan Malaysia?
- Apakah persamaan yang ketara antara kesemua mentor
jutawan ini di mana anda juga boleh amalkan?
- Apakah strategi untuk memastikan apa sahaja
perniagaan anda akan mencapai kecemerlangan?
- Bagaimana hendak bangun setelah gagal, gagal,
gagal, gagal, dan gagal lagi?
- Apa yang memberi inspirasi kepada jutawan-jutawan
ini?
- Apakah yang dilakukan oleh jutawan-jutawan ini yang
anda tidak lakukan?
- Mengapa antara kita ada yang bekerja bertungkus
lumus, tetapi masih tidak menjadi jutawan?
Semuanya
dan banyak lagi telah terjawab dalam ebook "Mentor Jutawan" bersama
Irfan Khairi.
Berapakah harga ebook mentor jutawan?
Ianya dikatakan perjalanan beribu batu bermula
dengan hanya satu langkah. Begitu juga perjalanan mencapai RM1 juta,
bermula dengan satu pelaburan kecil. Segala kisah, tips dan strategi 8
mentor jutawan di atas adalah milik anda untuk diimplementasikan pada
harga RM40.00 sahaja.
Jika dibandingkan, pelaburan kecil RM40.00
ini, adalah teramat kecil dengan ilmu-ilmu yang didedahkan oleh
mentor-mentor jutawan ini yang dengan mudahnya adalah beribu kali ganda
nilainya.
|
Mentor Jutawan sememangnya harus dimiliki dan
dibaca oleh sesiapa sahaja yang mempunyai hasrat untuk menjadi jutawan
pada suatu hari nanti ataupun sekurang-kurangnya untuk berada di tahap
bebas kewangan. Pengalaman 8 jutawan yang terpaksa melalui pelbagai
kesusahan dan kegagalan yang berbeza sebelum berjaya dan bergelar
jutawan harus dijadikan panduan supaya kita tidak mengulangi kesilapan
mereka.
Pelbagai tips, rahsia, pengalaman, panduan dan ilmu
yang dicurahkan oleh 8 jutawan adalah tidak ternilai harganya dan saya
pasti harga ebook ini tidak sepatutnya dijual dengan harga RM40.00.
Tanamkan tekad dan kuatkan semangat, Insyallah kita juga boleh mencapai
cita-cita untuk berjaya seperti mereka suatu hari nanti.
Azmi
www.wavecommunications.com.my
|
Sekiranya bagi anda, pelaburan ini adalah terlalu
tinggi, ingin saya petik dari temubual saya sendiri dalam Mentor
Jutawan apabila ditanya oleh Nizal Mohammad tentang pelaburan saya
dalam menuntut ilmu kejayaan:
"...
Sebelum memasuki kelas ataupun kuliah, saya akan bekerja sebagai tukang
cuci pasaraya dan tandas untuk mendapatkan wang tambahan setiap pagi.
Saya lakukan ini selama dua tahun. Dengan wang tambahan tersebut saya
akan ke kedai buku pada hujung minggu untuk membeli buku-buku kejayaan
untuk melengkapkan lagi diri saya tentang ilmu-ilmu kejayaan."~Irfan
Khairi
Apa pula kata mentor-mentor Jutawan mengenai
program bicarawara "Jutawan bersama Irfan Khairi":
"Program ini sepatutnya sudah ada lama di
mana kita berkongsi ilmu, tip, strategi, pengetahuan tentang bagaimana
kita menguruskan kewangan dan untuk bagi mereka yang ingin tahu
bagaimana hendak menjadi seoarang jutawan!"~Azizi
Ali, Jurulatih Jutawan
"Ini adalah program yang bagus, baik dan FANTASTIC!
Bukan hanya kita dapat mengundang jutawan-jutawan menyampaikan
pengalaman mereka, ini juga adalah cara yang paling baik mendekatkan
usahawan-usahawan muda kita yang ingin memiliki cara-cara dan
teknik-teknik untuk lebih berjaya! Program ini akan benar-benar
membantu mereka sepenuhnya!" ~Dato' Dr Azman Chin, Jutawan MLM
Seperti yang anda lihat dari komen-komen
pembaca, ramai tidak setuju dengan betapa murahnya harga ebook Mentor
Jutawan. Harga yang lebih tinggi patut dikenakan.
Buat masa
ini, harga ebook ini adalah RM40.00. Sebagai usahawan, it
make sense untuk saya tambahkan harga untuk memaksimakan
keuntungan perniagaan saya. Krew-krew di Irfan Khairi Sdn Bhd juga
mendesak saya setiap hari untuk meletakkan harga yang lebih tinggi dan
berpatutan- lagi tinggi keuntungan syarikat, lagi tinggi bonus mereka
:)! Mana tahu, saya akan tambahkan harga tidak lama lagi..
Oleh itu,
untuk memastikan anda mendapat segala ilmu mentor-mentor jutawan ini
pada harga yang terendah, sebelum timbulnya keputusan untuk naikkan
harga (maklumlah, harga minyak pun dah naik!) pastikan anda dapatkan
mentor jutawan hari ini juga!
Pelaburan
anda hari ini untuk ilmu kekayaan & kejayaan yang tidak
ternilainya dari 8 Mentor Jutawan adalah hanya RM40.00
untuk hari ini.
*Nota:
Mentor Jutawan adalah ebook (format digital) dan akan dihantar kepada
anda melalui email dalam masa 24jam selepas membuat bayaran. Anda hanya
24jam sahaja daripada mengetahui permata-permata ilmu 8 Mentor Jutawan
ini.
ps:
On a serious note, sebenarnya
antara sebab kami meletakkan pada harga yang rendah adalah kerana
percaya ilmu yang terkandung dalam ebook ini sebaiknya mencapai jumlah
pembaca yang paling ramai. Antara misi kami juga adalah untuk jadikan
ebook "Mentor Jutawan" ebook paling laris di
Internet di pasaran Malaysia.
Kami berpendapat, pada harga yang rendah, ia
memudahkan anda untuk membelinya dan kami yakin anda akan setuju dengan
isi kandungan ebook ini yang nilainya tidak terhingga dan tidak terkira
dengan wang ringgit. Kami berharap anda pula akan mengesyorkan ebook
ini kepada kenalan-kenalan anda yang akan mendapatkannya pada harga
yang rendah. Maka, misi kami untuk mencapai lebih ramai pembaca akan
tercapai :)
pps: Infact,
sekiranya anda syorkan ebook ini kepada kenalan anda, bukan sekadar
anda dan kenalan anda mendapat ilmu yang tidak terhingga, kami akan
beri anda wang Ringgit Malaysia lagi tu! Dapatkan ebook "Mentor
Jutawan" dan anda juga boleh menjana pendapatan sampingan di
Internet hari ini!
ppps: Sekiranya anda masih tidak
dapat membuat keputusan untuk membeli, apa kata anda baca testimonial yang kami terima dalam
masa 24jam selepas pelancaran Mentor Jutawan.
Sebarang
pertanyaan, sila email nasran.support@gmail.com
atau hubungi 019-5688125(SMS
sahaja,9.00pagi -6.00petang, Isnin -Jumaat)
Isi
kandungan ebook ini adalah transkripsi temubual Irfan Khairi bersama
ikon-ikon jutawan melalui program Radio 24, Jutawan bersama Irfan
Khairi. Hakmilik isi kandungan adalah milik Irfan Khairi Sdn Bhd dan
Radio24.
|