Nasran Oh Nasran Dot Com!
Ya! Nasran Oh Nasran Dot Com…
Hari ini saya ingin berkongsi catatan perjalanan domain yang telah berusia 5 tahun ini.
Domain ini digunakan untuk pelbagai fungsi…Mula untuk dijadikan blog,kemudian web jualan…berulang kali berlaku pertukaran ini…Hinggalah ke hari ini…Kembali sebagai sebuah blog…Insya-ALLAH,kekal sebagai sebuah blog.
Antara matlamat tahun 2010,menjana pendapatan melalui blog Nasran.com.
Tahun 2009 mencatatkan banyak matlamat saya tidak menjadi seperti yang dirancang…Cubaaaannn!
Pada bulan Disember 2009,pelancaran pakej produk tidak menjadi seperti yang dirancang….Pakej produk istimewa yang dihadkan untuk 10 orang sahaja tergantung…Pelancaran pakej lengkap yang sepatutnya pada 1 Jan 2010,terpaksa ditangguhkan.
Banyak halangan…cabaran…antaranya masalah hosting dan terakhir laptop rosak…Baru seminggu guna laptop baru ni…Rezeki!Alhamdulillah.
Dan…
Kepada yang membeli produk saya,harap hubungi saya semula samaada masih mahukan produk yang sama atau mahu wang dikembalikan.
Saya merancang dan berusaha mendapatkan rezeki yang halal dan berkat untuk disuapkan ke mulut-mulut yang ada dirumah.
Insya-ALLAH,saya akan terus berusaha mendapatkan rezeki yang halal dan berkat…Tidak ada niat untuk menipu sesiapa, tapi jika ada yang terasa ditipu oleh saya…harap maklum dengan segera,kita selesaikan dengan cara profesional.




